Wednesday, June 10, 2009

LOKASI



Sekolah Kebangsaan Senibai terletak di kawasan luar bandar. Jarak dari Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Pilah kira - kira 22 kilometer manakala dari Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan kira - kira 77 kilometer. Jarak dari Kementerian Pelajaran Malaysia, Putra Jaya kira - kira 125 kilometer.
Sekolah ini boleh dihubungi melalui pengangkutan jalan raya. Sekolah Kebangsaan Senibai terletak di pertengahan antara jalan Bandar Tampin ke Bandar Kuala Pilah. Sampai di Pekan Kuala Johol masuk ke jalan Inas / Miku / Rembau. Selepas perjalanan lebih kurang 1 kilometer dari Simpang Kuala masuk arah kanan ke jalan Sekolah Kebangsaan Senibai. Sekolah ini terletak di atas bukit.
Untuk kemudahan alamat sekolah ini :

Sekolah Kebangsaan Senibai,
73100 Johol, Negeri Sembilan.

Tel / Fax : 06-4369106